Saturday, 10 August 2024

Progress Diri


Assalamualaikum 

Ini kali pertama saya buat keria kentang setelah beberapa bulan tak buat. Bidang masakan memang bukan minat saya. 

Hari ni saya goreng keria kentang frozen yang saya buat minggu ni. Saya kecewa tengok rupa dan betapa stressnya waktu menggoreng. 

Kenapa saya kongsi tentang kisah keria ni sebab saya macam tersedar bahawa saya kurang hargai usaha saya selama ini. 

Saya fikir saya memang tak pandai masak tapi sebenarnya bila saya ubah cara saya berfikir, apa saya dapati adalah kepercayaan saya berubah.

Saya melihat keria kentang hasil tangan saya banyak kelemahan. Ianya bukan tak menjadi tetapi hanya kurang tepat kejadiannya. Saya hampir putus asa dan mengatakan kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan melakukan nya lagi.

Saya juga sedar dalam beberapa bulan ni saya hilang minat dan keyakinan untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sedangkan saya hanya perlu baiki dan terus upgrade cara saya melakukan sesuatu. InshaAllah saya akan dapat hasil yang lebih baik 😊

Tak semestinya kita tak boleh suka sesuatu perkara yang kita tak minat dari awal. Kita hanya perlu ilmu yang betul dan kepercayaan yang positif untuk melakukan sesuatu hal yang tidak disukai. Wallahualam.

11 Ogos 2024 (Ahad)
Wp Labuan.

Sunday, 21 July 2024

Suami

Tengah lipat kain baju teringat conversation dengan suami semalam.

Suami jenis suka melawak tak logik macam ayah dulu² balik keje kata nampak gajah terbang. Padehal nak pekena budak kecik tapi kita yang dah besor ni sibuk pecaya 😆

Semalam suami balik nak cerita pasal dia pi kedai² spec survey harga nak tukar cermin. Dia bagitau la pakej² yang dia dapat. Aku pun tunggu jugak lawak karut apa dia bawa balik kali ni.

Tapi eh takde, sampai kesudah citer betul je pasal pakej cermin tu hahaha

Aku pun tak tahan nak gelak dah bagitau la aku punya imaginasi pasal pakej² cermin tu. Aku kata lah, ingatkan abang nak melawak kalau kelip mata tu boleh snap gambar terus 🤣

Dia pun terus pura² melawak. Dia kata ada lagi advance dari tu tapi murah je. Boleh keluar waze kat cermin macam crita avengers 😆

Aku sambung gelak bedekah 🤣

Okay jadi la tu daripada takde 😁


Tuesday, 16 July 2024

makan dan doa

Aku pernah sebelum nak makan tiba-tiba teringat lah pernah terbaca kalau nak elak mudarat dari makanan yang kita makan, baca doa perlindungan kat bawah ni 40 kali.

Aku pun cuba lah baca. Bayangkan makanan dah ada depan mata. Tengah kebulur nak makan dan dah terasa kat tekak dah rasa makanan tu tapi aku nak cuba jugak baca doa ni 40 kali.

Lepas aku baca, apa aku rasa ? Aku tak nampak makanan tu dah . Maksud aku, hilang kebulur nak makan. Rasa cukup. Rasa makanan tu asbab je. Takde, hilang rasa aku perlu makanan tu. Aku cuma perlu Allah.

Tapi aku makan jugak lah makanan tu dengan rasa bahagia. Terima kasih Allah. Kau yang bagi aku makan. 

Terima kasih sebab jaga aku selama ni. Kau cipta aku. Kau yang sayang aku. Kau segala-galanya. Aku milikMu.