Thursday, 2 January 2025

5 PUNCA UTAMA surirumah tertekan menguruskan rumahtangga.

1. Lemah kebergantungan kepada Allah SWT

Segala sesuatu yang dapat kita lakukan, kembalikan segala kudrat kepada Allah. Tiada daya dan pertolongan kecuali dengan Allah SWT. Maka, kebergantungan kepada Allah secara total amat penting dalam menjalani kehidupan sebagai surirumahtangga.


2. Tiada Sokongan dari pasangan

Tidak dinafikan sebenarnya wanita terutamanya surirumah mampu buat kebanyakan kerja rumah tanpa bantuan suami tetapi kerana keinginan wujudnya kebersamaan dalam membangun rumahtangga, jadi di situ peranan suami diperlukan sebagai sokongan moral.


3. Kurang Mahir melakukan kerja

Hakikatnya, hanya yang melaluinya sahaja faham betapa pentingnya untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Ini kerana, pelbagai kemahiran diperlukan untuk memastikan aktiviti harian berjalan dengan lancar. Ini termasuk kemahiran untuk membahagikan tugas yang adakalanya perlu kepada penglibatan dari pihak ketiga.


4. Kurang Sistematik

Rumahtangga ibarat membangun negara kerana terdapat ahli di dalamnya yang membentuk masyarakat diluar rumah. Jadi, dengan penggunaan sistem yang teratur di rumah InshaAllah dapat membantu meringankan tekanan yang biasa dialami oleh seorang surirumah.


5. Tidak menjadi diri sendiri

Menjadi diri sendiri bukanlah berbuat sesuka hati namun menjadi diri sendiri termasuklah melakukan pekerjaan rumahtangga kerana di situlah tanggungjawab yang perlu kita lunaskan sebagai manusia(hamba). Menjadi manusia yang bermanfaat buat diri dan orang lain terutamanya keluarga.


Affiliate FTR,

Hasyimah Asem.