Wednesday, 12 February 2025

Penulisan Dr. Rozanizam Zakaria

Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup. 

Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini. 

Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.  

1. Jangan ajar teknik burung unta. Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul. Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.

2. Jangan jadi Superhero kepada anak anda. Jangan jadi penyelamat terlallu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka. Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.

3. Jangan ajar mereka one-way trip. Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.

4. Jangan jadi model yang salah. Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.

5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stress. Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving. 

6. Jangan lupakan keperluan asas emosi. Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus. 

7. Jangan lari. Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata.  Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami. 

#psikologisikecil

Kenangan ketika berkursus di sebuah sekolah di WP Labuan

Salah satu perkara yang kita selalu bazirkan adalah ILMU yang kita ada tapi tidak dimanfaatkan, tidak di praktikkan, tidak ditambahbaik & dikongsi supaya beri manfaat juga pada yang mungkin memerlukan.

Jadilah penjemput rezeki dengan jalan paling mudah, berkongsi rezeki kepada yang lain. 

Mungkin dengan sumbangan dari kita menjadi asbab untuk hidup seseorang itu berubah 360°

Sazah Syima

Saturday, 8 February 2025

Tulisanku berkaitan keluarga

Nak wujudkan keluarga Sunnah, 1st thing 1st, rendahkan Ego masing2. Terutama suami isteri. Sentiasa position diri sebagai pemimpin keluarga supaya mampu menggembleng idea dan tenaga untuk laksanakan tampuk kepimpinan dengan adil . Bukan saling menyalahkan. 

Saling menjaga aib pasangan. Cerita yang baik-baik je bila depan orang luar dari keluarga. Ini susah bila mata selalu fokus buruk pasangan je. 

Sentiasa ingatkan ahli keluarga dengan Sabar, bukan "Sabar jelah dan diam atau mengata belakang", sangat tak membantu untuk kemenjadian seorang mukmin. 

Solat Jemaah penting tapi tarbiah diri tu lagi penting, bila dah solat sama2, mesti ada sesi tarbiah. Silaturrahim tetap kena jaga. Ada sebab kenapa Allah ciptakan kita dalam satu keluarga. 

Wujudkan sistem pengurusan rumah yang semua orang boleh ikut supaya hak masing2 terjaga.

Fokus potensi diri setiap ahli dan saling menyokong untuk improvement dalam bakat dan minat masing2, bukan bersaing dan saling menjatuhkan maruah. Walaupun dalam nada bergurau.

Banyak lagi boleh tambah yang penting buat kerana Allah SWT. Niat untuk sama2 dapat syurga.

Jom susah-susahkan diri buat apa yang Allah suka. Susah-susahkan diri kejar cinta Allah dengan cara amalkan sebanyak yang boleh sunnah RasulNya dalam keluarga.

Sazah Syima.