Friday 24 March 2023

Catatan Ramadan 1444H

Pahala susah payah jangan dileburr mudah.

Diberi kepada mereka yang kita marah.

Diserah bulat kepada mereka yang kita aniaya.

Senang-senang je kita leburr pahala dengan kata-kata nista.

Umpat-umpatan dan mengata.

Selamatkan tangan kita.

Selamatkan lidah dan mata dari bakaran api neraka.

Sazah Syima
3 Ramadan 1444H

Wednesday 22 March 2023

10 FAKTOR PENGHALANG KEJAYAAN



1. EGO DAN RASA SELESA

Contoh : Syukurlah gaji rm1500, tak perlulah cari lebih, RM1500 dah cukup untuk aku. Ermmm buat apa nak kaya?? Nanti riak pula!

2. TAKUT

Contoh : Takut untuk memulakan sesuatu, takut menghadapi  perubahan hidup, takut mencuba sesuatu yg baru, takut akan persepsi orang, takut orang kata itu dan ini, takut kaya, takut miskin, takut gagal...macam-macam takut ada. 

3. RASA TAK LAYAK

Contoh : Aku tak layak nak jadi kaya, tak layak nak dapat lebih RM100k, aku lebih layak hidup miskin...lebih layak hidup seadanya aku...

4. SUKA BERTANGGUH

Contoh : Nanti laa, rileks laa dulu, tunggu minggu depan laa, bulan depan ke... Hakikat nak buat benda baik memang payah! 

5. SUKA BERI ALASAN

Contoh : Aku sibuk, takde masa, bisnes tu tak sesuai untuk aku, aku tak pandai, aku tak tahu, masalah anak takde orang jaga, masalah nak mula tapi takde modal. Macam-macam alasan ada!

6. MUDAH TERPENGARUH DENGAN PERKARA NEGATIF

Contoh : Tengok post negatif dalam group terus rasa down, dengar orang cakap negatif terus terpengaruh, hilang semangat, apa sahaja yang negatif terus melekat dalam kepala dan terus hilang fokus. 
Sebab apa? Tak cari persekitaran yang lebih positif dan lebih baik. Ubah!

7. TIADA KESUNGGUHAN

Contoh : Tak bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka nak capai. Buat sesuatu sambil lewa saja. 

8. SUKA SALAHKAN ORANG LAIN

Contoh: Aku tak salah, aku jadi begini sebab bapa aku....Aku tak berjaya sebab aku tidak dibantu, aku gagal sebab mereka yang buat dan bukan aku, semua sebab orang lain. 

9. TAK YAKIN DENGAN DIRINYA SENDIRI

Conton : Aku boleh ke? Aku tak yakinlah. Nanti tak close. Nanti orang tu reject. Nanti itu nanti ini...

10. TIADA MATLAMAT JELAS

Contoh : Buat sesuatu sekadar sahaja, dapat capai ataupun tidak tak kisah. Sebab tu bisnes bertahun-tahun masih ditakuk yang sama sebab takde matlamat yang jelas. 

Kenali sendiri apa yang menghalang anda untuk berjaya....tepuk dada tanya hati dimanakah posisi kita jika benar kejayaan yang kita inginkan. 

Hakikat nak seribu daya tak nak memang seribu pula dalihnya...

KENALI DIRI UBAH PERIBADI
KEJAYAAN PASTI BUKAN LAGI MIMPI! 

Salam Champion !
🔥🔥🔥

Kredit to owner

Sunday 12 March 2023

JADIKAN KELEMAHAN ITU KEKUATAN DIRI

Kata-kata negatif dari dalam kita sendiri cukup untuk sabotaj masa depan kita. 

Sedangkan kita mampu jadi aset berharga buat menyampaikan agama Allah dalam bidang dan minat masing2.

Percaya dengan diri sendiri dan beri peluang. Manipulasi kelemahan diri supaya jadi potensi untuk maju 😍

Jika kelemahan kita adalah mudah terpengaruh, jadikan itu kekuatan kita.

Pengaruh diri kita dengan cara consume benda2 yang baik..

Mata dan telinga kuncinya. Apa yang kita lihat dan dengar, itulah yang membentuk diri kita tanpa sedar.

Sazah Syima