Wednesday, 12 February 2025

Kenangan ketika berkursus di sebuah sekolah di WP Labuan

Salah satu perkara yang kita selalu bazirkan adalah ILMU yang kita ada tapi tidak dimanfaatkan, tidak di praktikkan, tidak ditambahbaik & dikongsi supaya beri manfaat juga pada yang mungkin memerlukan.

Jadilah penjemput rezeki dengan jalan paling mudah, berkongsi rezeki kepada yang lain. 

Mungkin dengan sumbangan dari kita menjadi asbab untuk hidup seseorang itu berubah 360°

Sazah Syima

Saturday, 8 February 2025

Tulisanku berkaitan keluarga

Nak wujudkan keluarga Sunnah, 1st thing 1st, rendahkan Ego masing2. Terutama suami isteri. Sentiasa position diri sebagai pemimpin keluarga supaya mampu menggembleng idea dan tenaga untuk laksanakan tampuk kepimpinan dengan adil . Bukan saling menyalahkan. 

Saling menjaga aib pasangan. Cerita yang baik-baik je bila depan orang luar dari keluarga. Ini susah bila mata selalu fokus buruk pasangan je. 

Sentiasa ingatkan ahli keluarga dengan Sabar, bukan "Sabar jelah dan diam atau mengata belakang", sangat tak membantu untuk kemenjadian seorang mukmin. 

Solat Jemaah penting tapi tarbiah diri tu lagi penting, bila dah solat sama2, mesti ada sesi tarbiah. Silaturrahim tetap kena jaga. Ada sebab kenapa Allah ciptakan kita dalam satu keluarga. 

Wujudkan sistem pengurusan rumah yang semua orang boleh ikut supaya hak masing2 terjaga.

Fokus potensi diri setiap ahli dan saling menyokong untuk improvement dalam bakat dan minat masing2, bukan bersaing dan saling menjatuhkan maruah. Walaupun dalam nada bergurau.

Banyak lagi boleh tambah yang penting buat kerana Allah SWT. Niat untuk sama2 dapat syurga.

Jom susah-susahkan diri buat apa yang Allah suka. Susah-susahkan diri kejar cinta Allah dengan cara amalkan sebanyak yang boleh sunnah RasulNya dalam keluarga.

Sazah Syima.

Thursday, 2 January 2025

5 PUNCA UTAMA surirumah tertekan menguruskan rumahtangga.

1. Lemah kebergantungan kepada Allah SWT

Segala sesuatu yang dapat kita lakukan, kembalikan segala kudrat kepada Allah. Tiada daya dan pertolongan kecuali dengan Allah SWT. Maka, kebergantungan kepada Allah secara total amat penting dalam menjalani kehidupan sebagai surirumahtangga.


2. Tiada Sokongan dari pasangan

Tidak dinafikan sebenarnya wanita terutamanya surirumah mampu buat kebanyakan kerja rumah tanpa bantuan suami tetapi kerana keinginan wujudnya kebersamaan dalam membangun rumahtangga, jadi di situ peranan suami diperlukan sebagai sokongan moral.


3. Kurang Mahir melakukan kerja

Hakikatnya, hanya yang melaluinya sahaja faham betapa pentingnya untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Ini kerana, pelbagai kemahiran diperlukan untuk memastikan aktiviti harian berjalan dengan lancar. Ini termasuk kemahiran untuk membahagikan tugas yang adakalanya perlu kepada penglibatan dari pihak ketiga.


4. Kurang Sistematik

Rumahtangga ibarat membangun negara kerana terdapat ahli di dalamnya yang membentuk masyarakat diluar rumah. Jadi, dengan penggunaan sistem yang teratur di rumah InshaAllah dapat membantu meringankan tekanan yang biasa dialami oleh seorang surirumah.


5. Tidak menjadi diri sendiri

Menjadi diri sendiri bukanlah berbuat sesuka hati namun menjadi diri sendiri termasuklah melakukan pekerjaan rumahtangga kerana di situlah tanggungjawab yang perlu kita lunaskan sebagai manusia(hamba). Menjadi manusia yang bermanfaat buat diri dan orang lain terutamanya keluarga.


Affiliate FTR,

Hasyimah Asem.