Tuesday 20 December 2022

Wanita VVIP akhirat

Kita orang perempuan bila makin menua akan ada kesedaran. Mula pakai baju longgar. Kita tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Kita sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga. 

Kita takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji kemas, cantik di mata dan selesa paling penting longgar boleh bawa pakaian tu untuk solat terus. 

Kita dah tak berapa nak membeli belah. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak-anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi ni kang membazir pulak. Paling takut dihisab pula nanti dekat akhirat kelak. Malas nak pergi beli belah lama-lama, pergi beli apa yang patut terus balik. Duduk rumah lagi seronok. 

Kita malas layan drama yqng merepek lagi-lagi drama yang berunsur buat diri emosi tak bertempat macam pergaduhan keluarga yang tak profesional dan drama bodoh-bodoh. "Ikut kau lah Bedah". Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, banyak diam dan memerhati. Deal dengan Allah terus mintak Allah uruskan. Dah makin berusia kita makin tahu bertapa banyak sebenarnya benda remeh yang kita boleh saja biarkan berlalu. Malas nak ambik port. 

Kita akan jadi kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut apa kita nak. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana. Yang penting halal dan dapat kenyangkan perut untuk isi tenaga yang nak digunakan seharian. 

Kita semakin kurang panas baran. Kita lebih sabar dan tenang. Kita dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok banyak buruk dari baiknya lagipon marah tu kan sifat syaitan. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya kalau marah jer memanjang. 

Kita banyak bersendiri. 'Me Time' dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. 'Me Time' sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri. Buat hal sendiri, muhasabah diri flashback apa yang aku buat dalam hidup. Minta ampun dekat Allah kalau buat dosa, cuba tingkatkan amalan. 

Kita mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takde tak per. Duit banyakkan sedekah, beli hadiah ker orang, bagi orang tersayang. Dah tak hingin nak femes, tak perlu. Semakin lama kita semakin sedar dunia ini tak lah best mana lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat. Makin stress dibuatnya baik fikir macam mana nak hadap akhirat sana. 

Kita akan kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam tu jadi favourite tapi sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok drama, waktu mana kene stop. Kadang tak kenal pun artis mana-mana. Blur blur jer orang tanya. 

Kita dah mula tahu ke arah mana masa untuk diri sendiri sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni kita akan sedar... 'Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian'. Mula nak buat perkara yang bermanfaat sahaja. 

Kita akan sibuk upgrade diri dalam cara yang kita sendiri mahu. Malas nak kisah orang tahu ker tidak lantak lah. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga sama macam kita secara rahsia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat kan, inshaaAllah pasti begitu. 

Kita faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan 'hati'. Sebab itu kita lebih banyak upgrade hati supaya kaya jiwa dalam erti kata bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab kita nak jaga hati sendiri dari rosak binasa dengan penyakit hati. Biasalah perempuan ni kan penuh emosi dalam hidup. 

Jadi dengan semua perubahan kita ni, diri akan berusaha istiqomah dan cari kawan-kawan yang sama-sama nak berubah kearah kebaikan.

Begitulah tertubuhnya Akademi Akhirah By FTR supaya kekal istiqomah menjadi wanita yang solehah InshaaAllah semua atas izinNya.

Nak join picit sini ya 
https://bit.ly/RahsiaRezekiVVIP


#FtrExclusive
#BacaBacaSENTAP

No comments:

Post a Comment