Tuesday, 29 August 2023
PERTEMUAN DENGAN YDP AGONG
Wednesday, 23 August 2023
Kenangan 24 Ogos 2023
Assalamualaikum.
Seronok pagi ni tengok orang berarak sempena hari merdeka tak lama lagi. Ada lori lalu depan rumah tadi siap main lagu Jalur Gemilang.
.
Sempatlah ku merakam. Laju ambik fon lepas tu tanya sendiri, dah kenapa rekod 😆
.
.
Throwback le tu kan konon tapi tak ngaku. Bahan diri sendiri haa.
.
Bestnya zaman sekolah, kalau ikut perarakan ni lepas tu lalu pulak depan rumah. Keje nak balik je pikirnya.
.
Awal pagi sebelum pergi sekolah dah pesan awal² kat mak suruh tengok kitorang lalu 😂
.
Ayah pulak kuat membahan, ada je modal buat gurau. Pesan yang bukan². Kalau lurus anak tu, ikut je lah pesan ayah tu 😅
.
Sekarang ni suami pulak main peranan tu, isteri lagi serius dibuat gurau. Semalam call nak minta beli lauk tiba² operator Balai Polis Labuan yang jawab. 😑
.
Operator tu tanya nak buat aduan apa, aku cakap lauk dah habis, call suami tak jawab .hahaha. betuah punya suami.
.
Eeyy dari rasa seronok tadi tiba² syahdu.. Cepatnya masa tu berlalu.
.
Saja nak kongsi rasa kat sini. Silakan judge. Haha
Dah baca jangan lupa komen 🙂
Hasyimah Asem, 32.
Wp Labuan. 24 Ogos 2023
Friday, 24 March 2023
Catatan Ramadan 1444H
Wednesday, 22 March 2023
Kisah Baju Merah
Sunday, 12 March 2023
JADIKAN KELEMAHAN ITU KEKUATAN DIRI
Thursday, 23 February 2023
YOU ARE WHAT YOU THINK
Monday, 20 February 2023
Saya dah convert masuk Islam"
Sunday, 19 February 2023
Jadi ahli bisness bukan semudah "saya menjual, awak membeli"
untuk ummah. Jom bantu saya sebarkan FTR. Lagi cepat lagi bagus. Lagi laju kesedaran bagi yang masih tidur lena. Hidup perlu pantas, sepantas masa zaman akhir ni.. Heeee
SAYA MALU NAK MINTA PERCUMA.
Saya nak dapatkan sesuatu, saya malu sangat nak minta percuma. Rasa macam diri saya takda harga.
.
Nampak saya sangat malas berusaha. Nampak sangat saya suka beri alasan. Malunya. :3
.
Kalau nak percuma saya akan mintak dengan Allah je. Tak minta kat manusia. Sebab manusia miskin. Tak kaya takda harta. Jadi kena tolong mereka. Bukan susahkan mereka yang dah susah-susah usaha nak tolong kita. At least bayar sebagai penghargaan. Kalau tak mampu, saya bersabar. Kalau nak percuma jugak saya akan mintak kat Allah dulu sambil berdoa dalam hati biar Allah beri percuma kat saya benda yang saya nak tu. Jangan cakap kat sesape pun.
.
Teng teng teng... saya dapat benda yang saya nak. Alhamdullillah. Kalau tak dapat saya tak kecewa pun Alhamdullillah sebab saya tahu setiap doa pasti sampai kepadanya. Dia pasti beri. Kalau tak beri apa yang saya nak. Dia akan berikan lebih baik daripada apa yang saya nak pada masa yang tepat, tak cepat tak lambat. Tapi tepat :) Itulah Allah.
.
.
Nora Yusof
Saturday, 18 February 2023
Diari 19 Februari 2023
Diari 19 Februari 2023
Wednesday, 15 February 2023
KENAPA KENA WAKAF BUKU FTR, BUKAN KE WAKAF UNTUK AL QURAN JEE ?? 🤔🤔
Tuesday, 7 February 2023
3 AMALAN BAKAL MENGUBAH HIDUP
To Me ❤️
Friday, 3 February 2023
TIPS MERAIH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT
Terbaca satu blog ni. Tak ingat pula namanya apa. Adalah sharing pasal seorang sekuriti terserempak dengan ustaz yusuf mansur.
Dan dia minta nasihat ustaz untuk ubah hidup dia. Dia tak nak hidup susah.
Nak tau apa saranan ustaz?
Antaranya solat tepat waktu.
Maksudnya lebih baik kita, get ready awal di sejadah beberapa minit sebelum azan.
Takpun. Masuk je waktu solat. Dah dengar je azan zassss terus get ready untuk solat. Ambil wudhu sesiap. Then solatlah.
Sekiranya kita bertangguh solat kita. Rupanya kita tangguh kejayaan yang nak kita capai.
Sedangkan time azan. Allah panggil kita untuk capai kejayaan. Tapi kita pulak asyik leka. Asyik lewatkan. Hmmm patutlah kadang kita lambat atau susah nak dapat apa yang kita nak.
Cuba kira yaaa. Okeh contoh azan zohor pukul 1.30 petang. Kita ni pula jenis "takpelah. Solat kejap lagi." "Siapkan keje ni dululah". " nanti solat zohor dah nak waktu asarlah senang sekali dua waktu nanti."
Banyak sangat kan alasan kita. Padahal Allah nak mudahkan kita capai kejayaan capai kesenangan tapi kita duk asyik lalai.
If kita solat zohor pukul 4 petang. Wuhhh dah nak masuk asar. Dari 1.30 ke 4 petang. Alahai dah lewat dalam 2 jam lebih.
Itu baru satu hari. If dalam 30 hari mau dah lebih 60 jam. Kalau setahun berapa ribu jam dah. Belum lagi kira dari time kita start baligh.
Yang kita lewatkan waktu solat lain. Yang kita kadang lupa solat atau tinggal terus. Banyaknya kita postpone kejayaan kita. Kita makin jauh dari kejayaan dan kesenangan. Adeih.
Kita sendiri yang tangguhkan kejayaan kita. So elak tanya apa sebab doa kita tak makbul. Apa sebab tak dapat apa yang kita nak.
Sedangkan Allah dah panggil kita
Haiya aalassolah (marilah solat)
Haiya aala falah (marilah menuju kejayaan)
Setiap 5 waktu. On time. Tepat waktu. Tak lewat tak cepat.
So dari sekarang sesamalah kita nekad ye. Kita solat tepat waktu. Kita capai kejayaan sesama yer. Pasti DIA beri.
Boleh ke boleh?
Hani A. Karim