Semasa saya menjadi moderator dalam satu forum rumahtangga bersama Dato Mohd Fadzlilah Kamsah,
Ada satu soalan penonton yang membuatkan DMFK agak lama dalam memberikan jawapan.
Kerut dahinya. Istighfar saja. Soalannya,
"Macamana kita nak tahu yang kita ni lulus atau tidak dalam ujian rumahtangga?"
Saya ingat beliau jawab begini,
"Baik, saya nak tanya puan, kalau bergaduh dengan suami, selepas bergaduh apa yang puan buat? Apa tindakan selepas bergaduh tu?"
"Kami berbaik semula"
"Baik, itulah tandanya kita lulus dalam ujian. Kita jadi matang. Kita tahu, kalau kita asyik bergaduh, bermasam muka, Allah marah. Allah murka. Allah tak suka. Sebabkan kita dan pasangan adalah orang yang mencintai dan takutkan Allah, mereka berbaik semula"
Beliau sambung lagi,
"Itu yang pertama. Yang kedua, kalau ada masalah, nak kecilkan dan selesaikan, atau nak besarkan, dan tambah masalah?
Ego yang ada, nafsu yang membara, amarah yang menggila, nak ikut ke, atau tahu dah tersalah, tahu dah tak tentu arah, nak istighfar atau teruskan amarah?"
Semua diam. Satu ayat yang beliau sebut membuatkan satu dewan sebak,
"Bertahun-tahun Allah bagi nikmat. Bukan nikmat biasa. Nikmat bersatu jiwa, nikmat dari cinta lahir anak-anak pula, nikmat saat memandang dan berpegangan tangan jatuh cinta, dan berbagai nikmat lagi, tapi diwaktu diuji dua-dua hilang semua, sampai Allah pun kita lupa"
Satu persatu saya salin dan ingat.
Sambung beliau yang akhir,
Paling kita takut kalau kita gagal dalam rumahtangga. Gagal tu bagaimana?
Gagal membenarkan Allah dan Rasul, tapi memenangkan nafsu dan menyakitkan sesama, sampai terkorban anak-anak dan jiwa-jiwa keluarga.
Moga kita tidak gagal lagi.
Moga kita kekal memegang Allah sebagai sabar paling akhir sekali.
Dan kebenaran tetap datang dariNya, pasti.
#sweeterapi
No comments:
Post a Comment