Tuesday, 7 February 2023

To Me ❤️

Selagi hidup beium sudah, teruskan langkah meraih reda dan setia menanti rahmat Allah yang Maha Luas di penghujung nanti.

Syukuri dan hargai setiap hari nikmat hidup dan agama kerana masih berada di medan ujianNya.

Terus menulis kerana Allah. Tulisan tentang muhasabah dan nasihat yang mungkin telah berjaya menyelamatkan jiwa dari terhumban ke dalam api neraka jahannam kerana syurga itu luas untuk semua.

Mohon perlindungan dengan Allah dari tipu daya syaitan yang melemahkan. Sesungguhnya tidak ada satu kebaikan pun yang sia-sia kecuali semua akan dihisab oleh Allah dan dikurniakan ganjaran kelak. 


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment