Wednesday 23 August 2023

Kenangan 24 Ogos 2023

Assalamualaikum.

Seronok pagi ni tengok orang berarak sempena hari merdeka tak lama lagi. Ada lori lalu depan rumah tadi siap main lagu Jalur Gemilang.

.
Sempatlah ku merakam. Laju ambik fon lepas tu tanya sendiri, dah kenapa rekod 😆
.
.
Throwback le tu kan konon tapi tak ngaku. Bahan diri sendiri haa.
.
Bestnya zaman sekolah, kalau ikut perarakan ni lepas tu lalu pulak depan rumah. Keje nak balik je pikirnya.
.
Awal pagi sebelum pergi sekolah dah pesan awal² kat mak suruh tengok kitorang lalu 😂
.
Ayah pulak kuat membahan, ada je modal buat gurau. Pesan yang bukan². Kalau lurus anak tu, ikut je lah pesan ayah tu 😅
.
Sekarang ni suami pulak main peranan tu, isteri lagi serius dibuat gurau. Semalam call nak minta beli lauk tiba² operator Balai Polis Labuan yang jawab. 😑
.
Operator tu tanya nak buat aduan apa, aku cakap lauk dah habis, call suami tak jawab .hahaha. betuah punya suami.
.
Eeyy dari rasa seronok tadi tiba² syahdu.. Cepatnya masa tu berlalu.
.
Saja nak kongsi rasa kat sini. Silakan judge. Haha

Dah baca jangan lupa komen 🙂

Hasyimah Asem, 32.

Wp Labuan. 24 Ogos 2023

No comments:

Post a Comment