Tuesday 29 August 2023

PERTEMUAN DENGAN YDP AGONG

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah & Menjunjung Kasih..

Suka saya ingatkan diri saya yang selalu lupa.
Di setiap langkah kejayaanmu, ramai yang menyokong. 

Tak perlu kita rasa asbab diri kita sendiri kita berjaya. Puji Allah dan berterima kasihlah.

Kerana ada ketika, penolakan dari manusia buat kita terus kuat berusaha. Maka itu juga punca. 

Siapa pun yang jadi asbab kemenangan dan kejayaan kita sama ada yang buat kita melangkah ke depan dengan rasa kecewa atau bahagia. Kekuatan itu datang dari Allah.

Serah kembali segala puji -pujian kepada Allah mudahan kita jadi hamba yang bersyukur dan mudah berterima kasih kepada manusia sekeliling kita.

Alhamdulillah mudahan peristiwa hari ini jadi asbab ramai orang rasa seronok dan bahagia 😊

Alkisahnya ingatkan tak dapat ikut sebab dengar-dengar majlisnya tertutup.

Sekalinya kena jemput. Terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab. Sayang lebih laa.hehehehe 

Terpaling teruja nenek Ali kat kampung bila dapat tahu cucunya didukung Agong. Nampaklah excited neneknya bila bercerita.

Itu belum lagi dengar cerita nenek laki di Labuan skrinshot gambar Agong dukung Ali dari video yang adik hantar. 

Saudara di Brunei pun tak terlepas berita. Alhamdulillah ramai yang bahagia tengok rezeki kamu. 

Risau juga bila ramai yang puji, bangga, seronok tengok sebab momy dan dady awak orang biasa je. Menumpang rezeki anak.

Momy sendiri tak puas tengok gambar, macam tak percaya tapi jika Allah berkehendak tiada yang dapat menghalang. Rezeki kamu nak, kami yang terlibat cuma perantara 😊

Lawatan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke Labuan
1 April 2023 Sabtu
Ganggarak Permai

No comments:

Post a Comment