Saturday 15 June 2024

Taik sawan @ septic spot

Dah dekat seminggu masa tu baru kami perasan ada septic spot penuh kat kepala Alisya. Sebelum tu nampak sikit je kat muka kejap-kejap naik. Beberapa bahagian badan pun ada kat ketiak, dada, celah kangkang dan punggung. 

Bila nurse tanya bila mula ada dah terkulat nak jawab sebab tak pasti. Dady yakin je jawab hari ke 8 walhal masa tu belum jejak hari ke 8 pun haha. Mama pula kemain cakap dari mula lahir dah ada septic spot tu. Haha padahal gambar Alisya masa lahir bersih kulitnya. 😂

Mama skrol galeri telefon dan jumpa lah gambar Alisya yang ada septic spot tu. Mama semak details gambar, tarikhnya bukan hari ke-8 atau masa lahir tapi hari keempat baru ada. Okay, baru lah yakin nak beritahu kalau nurse @ doktor tanya lagi. 

Mama dengan dady bawa Alisya pergi checkup macam biasa dan bila nurse nampak septic spot tu terus kena rujuk doktor untuk minta ubat. Doktor kata tak perlu ubat sebab tak teruk pun cuma perlu monitor dan jaga kebersihan sahaja. 

Esok dan hari seterusnya buat checkup kuning macam biasa. Alhamdulillah makin turun tanpa perlu buat apa-apa cuma menyusu kerap sahaja. Itupun Alisya yang kerap minta nak susu, tak perlu pun mama kejut bangunkan sebab Alisya memang aktif.

Mama tak ingat dah tarikhnya bila, tapi suatu hari tu ada nurse datang rumah. Dia tengok makin banyak septic spot kat kepala Alisya. Betul, mama pun nampak dah lepas daddy tunjuk sebab mama hari² mamai 😅

Penuh satu kepala Alisya dengan nanah. Geli mama tengok sebab takut pecah. Dady pulak geram tengok rasa nak pecahkan. Aduhai 😂 Kesian Alisya, mesti gatal merenyam tapi Alhamdulillah Alisya tak meragam atau merengek.

Dady pulak bersungguh taknak bagi Alisya kepanasan. Dady sanggup beli air cooler beratus ringgit untuk sejukkan bilik. Hari-hari memang hala kat Alisya je benda alah tu. Alisya pula tidur dengan mama atas katil. Dengan mama sekali kesejukan 🤣

Nurse tadi tu suruh rujuk doktor sekali lagi sebab lepas kali pertama doktor tengok, esok dan hari seterusnya doktor tak tengok dah. Doktor cuma tengok keputusan darah untuk kuning Alisya je dan cop sign dalam buku. 

Jadi esoknya ke klinik bawa Alisya checkup kuning dan jumpa doktor. Doktor masih tak beri ubat sebab septic spot tu tak merebak kat badan cuma penuh di kepala sahaja. Doktor cadangkan supaya rambut Alisya dicukur atau gunting. 

Dady dengan mami memang dah rancang nak cukur rambut Alisya hari ke-7 tapi risau terkena nanah. Fikir nak tangguhkan sampai nanah tu hilang tapi akhirnya mama cakap kat dady, kena cuba jugak. 

Dady pun terfikir nak guna mesin rambut baby yang beli untuk rambut abang dulu. Alhamdulillah dapat buang banyak rambut Alisya sampai nampak semua nanah tu. Allahu, kesian Alisya. 

Sepatutnya hari yang dady mesin rambut Alisya tu mama dapat arahan dari nurse kena rujuk klinik sebab demam. Alisya pun masih perlu checkup kuning hari tu tapi mama mengelat. Haha sebab mama tak suka nurse datang mengejut pagi tu. 

Jadinya, hari tu lah dady mesin rambut Alisya. Tarikhnya ada dalam buku pink Alisya. Esoknya baru mama serah diri kat hospital sebab tak tahan sakit. Mama risau kalau apa² jadi kat diri sendiri sampai fikir nak mati dah rasa masa tu. 
 
Masa ni muka Alisya bersih, kuning pun belum naik.

Hari keempat kuning dan septic spot.

Septic spot merebak. Kalau panas lagi menjadi jadi dia.
Mama rakam yang ada kat kulit kepala Alisya. Masa ni belum penuh tapi dah banyak.
Ni lepas dady mesin. Masa tu dah banyak yang pecah sendiri dan kering.. Alhamdulillah. 

Betul la doktor cina tu kata. Monitor je dan jaga kebersihan. Septic spot ni beransur hilang masa mama warded. Mujur mama bawa Alisya sekali dengan mama sebab tak sangka kena warded 5 hari. 

InshaAllah mama akan cerita episod mama warded dalam posting lain.

Sekian dari mama,
Nur Hasyimah binti 'Asem
16 Jun 2024 (Ahad)
Muar, Johor.

No comments:

Post a Comment