Saturday, 28 January 2023

JANGAN BERPUTUS ASA

Jika anda sedang berfikiran putus asa. Jemput baca tulisan ini. Mudahan bermanfaat.

Tiap kali saya belek gambar keluarga, mula lah nak rasa sayu. Kadang tu sampai fikir malas dah nak bergambar, malas dah nak berkumpul bersama keluarga apatah lagi nak print gambar. Macam takde point. Macam sia-sia sebab akhirnya kita akan berpisah juga. 

Ya sampai macam tu sekali perasaan putus asa yang sering melanda diri saya. Itulah yang disukai syaitan. Apabila kita berputus asa. Berlama-lama dalam kesedihan dan perasaan negatif yang lainnya. Kita mudah cenderung untuk berfikiran negatif. 

Jadi, mudahan tulisan ini dapat membantu jika anda sedang berputus asa tetapi tidak sedar akan keadaan itu. Ini sebagai peringatan buat diri saya juga bahawasanya, 

"Tiada satu kebaikan atas dunia ni yang sia-sia. Setiap satunya Allah hisab. Allah ambil kira. Allah hitung."

Ya, kita pasti mati, perpisahan itu akan terjadi sama ada kita masih hidup atau berpisah kerana kematian tetapi ingat, mati itu pun sementara juga seperti mana kita hidup kerana kita semua akan dibangkitkan semula di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya orang Islam sebab dah siap tiket percuma untuk masuk syurga. Jadi, tulisan ini untuk mengingatkan diri saya juga supaya tidak berfikiran putus asa. Itu hanya hasutan nafsu yang ingin saya bersedih lama-lama hanya memikirkan tentang perpisahan yang sementara.

Kita tak mati. Kita hidup selama-lamanya. Mati di dunia ini hanya suatu fasa yang wajib kita lalui untuk mulakan hidup baru di fasa seterusnya. 

Bergambar tak salah, print atau cuci gambar pun tak salah jika ianya ada kebaikan dan tidak disaluti dosa. Saya percaya, gambar kenangan yang baik insyaAllah akan memberi kebaikan. Jika bukan pada waktu itu, pasti bermanfaat waktu akan datang.

Gambar itu semua bermanfaat ketika saya sedang berseorangan, bergelut melawan perasaan negatif atau saya berada pada fasa gagal dalam hidup, malas buat kebaikan dan sebagainya. 

Sama ada Allah ingatkan semula kenangan yang baik atau Allah gerakkan hati saya untuk lihat gambar-gambar positif, yang ada high energy untuk bantu saya bangkit semula teruskan hidup. 

Semoga bermanfaat tulisan ini dan menjadi sedekah jariah yang tidak putus pahalanya meski saya telah tiada di dunia ini. Allahumma Aamiin.

Teruskan melangkah dan berusaha, kerana rahmat Allah Maha Luas lebih dari keampunanNya. 

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad

Thursday, 26 January 2023

TIPS MUDAH BANGUN SOLAT SUBUH

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat meninggalkan tulisan di sini. Mudahan bermanfaat. Gunakan apa sahaja medium dan kongsikan ilmu yang kita amalkan dan berkesan. 

Baik, ini adalah tips mudah bangun solat subuh cara saya. Jangan percaya tapi buat saja. InsyaAllah boleh kongsikan hasilnya di ruangan komen jika sahabat berjaya dengan tips ini. Semua dari Allah jua 😊

Semoga dapat membantu dan niatkan sebagai sedekah buat saya jika menjadi amalan sahabat-sahabat juga ya.
 
Sebelum tidur, saya akan niatkan dalam hati hendak bangun solat subuh esoknya. Dari mula kita niat begitu, pasti akan hadir rasa MALAS. Itulah kesukaan nafsu. 

Jika melayankan kehendak nafsu, maka kita sedang menjadikan nya RAJA kita. Berhati-hatilah.

Saya akan tidur dalam keadaan saya ingin bangkit darinya, bukan tidur kerana keletihan, bukan kerana ingin berehat lama kerana risiko untuk saya gagal bangun solat subuh esoknya sangat tinggi.

Saya jadikan tidur itu sekadar PERLU sahaja. Saya tidak akan tidur dalam keadaan saya MAHU tidur kerana automatik tidur itu akan menjadi tujuan. Sedangkan tujuan saya adalah ALLAH.

Paling utama, saya akan wajibkan diri amalkan sunnah Nabi kerana saya percaya, 

"SATU SUNNAH, SATU PERTOLONGAN ALLAH"

TIPS RAWAT SELSEMA

Assalamualaikum. Saya ustazah Hasyimah. Ini tips rawat selsema. 

Jika kita boleh solat, maka setiap kali berwuduk, manfaatkan step yang sunnah.
Masukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan keluarkan guna tangan kiri.

Caranya begini, masukkan air ke dalam hidung, sedut betul -betul sampai terasa sakit air tu masuk macam tersedak air masa mandi laut atau kolam. Haa macam tu. InsyaAllah cepat je baik selseme. 

Memang sakit tapi rasa sakit tu lah ubatnya. InsyaAllah.

Taknak percaya tak apa, saya bukan sesiapa. Saya cuma kongsi apa yang saya amal. Alhamdulillah berkesan untuk saya.

Saya kongsi dengan niat supaya saya juga ingat kenapa saya amalkan dan apa kebaikannya.  

Mudahan jadi ilmu yang bermanfaat tak henti mengalir pahalanya walau saya sudah tiada. Mohon doakan ya. Semua dari Allah jua. Aamiin. Alhamdulillah.

Siapa yang dah cuba kaedah ni boleh tinggalkan komen. Mudahan dapat membantu 😊