Tuesday 7 February 2023

3 AMALAN BAKAL MENGUBAH HIDUP



Jika ISTIQOMAH.. Nak ubah hidup jadi lebih baik dan ikut sunnah Nabi SAW.

    1. Solat awal waktu. Orang yang berniat dan nekad solat di awal waktu, Allah akan susun jadual hidupnya.
    2.Al Quranul Karim. Sekiranya mampu baca al Quran setiap kali lepas solat, kita akan merasakan umpama dunia dan isinya milik kita. Kita bukan memilikinya tetapi kita tidak ada rasa hairan dengan dunia. Sama ada dunia yang datang pada kita, kita sambut dengan biasa-biasa. Dunia yang pergi dari kita pun kita sambut dengan biasa-biasa. 
    3.Selawat. 

Dirikanlah solat untuk mengingatiku. Solat adalah waktunya kita bercakap dengan Allah. 
Manakala al Quran waktunya Allah bercakap dengan kita. 

Siapa yang berusaha Allah akan mudahkan. Kalau usaha untuk dunia pun Allah mudahkan apatah lagi untuk akhirat. 

Selawat hubungan dengan Rasulullah SAW. Jaga hubungan Allah dengan Rasulullah, pasti Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia. Ujian pasti datang tapi kita tetap kuat untuk menempuhnya dengan tenang. 

Cukup-cukuplah kita hadapi ujian dengan kalah. Sepatutnya daripada ujian itu kita semakin bagus, semakin kedepan tapi ramai mana orang asbab ujian dia jatuh, serik tak mahu meneruskan.

Ustazah Asma Harun

No comments:

Post a Comment