Saturday 18 February 2023

Diari 19 Februari 2023

Sewaktu tinggal berdua dengan anak semalam, muncul suara marah-marah dalam fikiran.

Menangkup kepala menahan tekanan dari dalam dengan anak menangis minta susu, tak mampu saya santuni dia dengan baik. Saya cuma diam membatu. 

Hanya sesekali dapat saya melayan kerenahnya. Sehingga suara-suara tu hilang sepenuhnya dari fikiran barulah saya mampu tersenyum dan kembali buat kerja rutin. 

Tak sedar berapa lama ia menguasai diri, mungkin dalam setengah jam selepas suami keluar pergi beli barang runcit.

Kebiasaannya bila terjadi situasi itu, saya tak mampu urus diri saya. 

Apa yang saya mampu buat cuma asingkan diri seketika untuk beri ruang emosi yang hadir. 

Ada hikmahnya juga pergerakan saya agak terhad untuk kemana-mana. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan saya salah beri reaksi jika berdepan dengan orang. 

Melalui pengalaman yang meninggalkan trauma, saya reda dan maafkan semua orang. 

Tujuan saya menulis hanya sekadar menjadikan penulisan sebagai ruang untuk melepaskan. 

Saya juga manusia yang mengharap kemaafan atas kekurangan diri sebelum saya kembali kepada Ilahi. 

Sekian coretan buat kenangan hari ini.

Sazah syima.
Wp Labuan.
19 Februari 2023.

No comments:

Post a Comment