Friday 3 February 2023

TIPS MERAIH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT

#cuba_kira_masa_kita_tangguhkan_kejayaan_kita

Terbaca satu blog ni. Tak ingat pula namanya apa. Adalah sharing pasal seorang sekuriti terserempak dengan ustaz yusuf mansur.

Dan dia minta nasihat ustaz untuk ubah hidup dia. Dia tak nak hidup susah.

Nak tau apa saranan ustaz?

Antaranya solat tepat waktu.

Maksudnya lebih baik kita, get ready awal di sejadah beberapa minit sebelum azan.

Takpun. Masuk je waktu solat. Dah dengar je azan zassss terus get ready untuk solat. Ambil wudhu sesiap. Then solatlah.

Sekiranya kita bertangguh solat kita. Rupanya kita tangguh kejayaan yang nak kita capai.

Sedangkan time azan. Allah panggil kita untuk capai kejayaan. Tapi kita pulak asyik leka. Asyik lewatkan. Hmmm patutlah kadang kita lambat atau susah nak dapat apa yang kita nak.

Cuba kira yaaa. Okeh contoh azan zohor pukul 1.30 petang. Kita ni pula jenis "takpelah. Solat kejap lagi." "Siapkan keje ni dululah". " nanti solat zohor dah nak waktu asarlah senang sekali dua waktu nanti."

Banyak sangat kan alasan kita. Padahal Allah nak mudahkan kita capai kejayaan capai kesenangan tapi kita duk asyik lalai.

If kita solat zohor pukul 4 petang. Wuhhh dah nak masuk asar. Dari 1.30 ke 4 petang. Alahai dah lewat dalam 2 jam lebih.

Itu baru satu hari. If dalam 30 hari mau dah lebih 60 jam. Kalau setahun berapa ribu jam dah. Belum lagi kira dari time kita start baligh.

Yang kita lewatkan waktu solat lain. Yang kita kadang lupa solat atau tinggal terus. Banyaknya kita postpone kejayaan kita. Kita makin jauh dari kejayaan dan kesenangan. Adeih.

Kita sendiri yang tangguhkan kejayaan kita. So elak tanya apa sebab doa kita tak makbul. Apa sebab tak dapat apa yang kita nak.

Sedangkan Allah dah panggil kita
Haiya aalassolah (marilah solat)
Haiya aala falah (marilah menuju kejayaan)
Setiap 5 waktu. On time. Tepat waktu. Tak lewat tak cepat.

So dari sekarang sesamalah kita nekad ye. Kita solat tepat waktu. Kita capai kejayaan sesama yer. Pasti DIA beri.

Boleh ke boleh?

Hani A. Karim

No comments:

Post a Comment